Leaderboard Nuffnang

Monday, December 17, 2012

Tidak bekesempatan untuk menulis kat sini. Sibuk menguruskan hal2 sebelum mula bekerja. Sibuk dgn terapi hafiey dan bermacam2 lagi.

Sibuk juga mencari indon maid dan local maid. Sepatutnye maid kemboja yg pulang untuk bercuti pd bln 11 lps sepatutnya dtg malaysia pd 14/12. Tp xdtg. Xpelah,lgpn tidak berharapkn sgt utk die dtg.

Jd pencarian indon maid telah bermula. Kalau diikutkn, takut2 hendak mengambil indon maid nih memandangkn kami juga telah mmpunyai pengalaman sendiri. Tapi semuanya dgn niat untuk menjaga hifzza n hafsya sepanjang kami bekerja.

Hafiey akan dijaga oleh local maid yg akan dtg setiap hari dirumah sambil melakukan fisioterapi terhadap hafiey. Itulah perancangan kami iaitu mempunyai 2 maid. Di samping itu local maid itu juga akan ditugaskan untuk memantau kerja2 indon maid tersebut.

Smlm dah pun bayar deposit untuk amik indon maid dan biodata pun dh pilih. Sumenyer saya berserah pd Allah. Semoga maid yg kami dpt nih insyaAllah baik2 jer.

Local maid pn sudah ada yg menelefon untuk bekerja. Harap2 xde yg berubah fikiran bile disaat2 akhir tidak mahu bekerja.

Bermula 1/1/2013 saya akan mula bekerja setelah 6 bulan cuti tanpa gaji. Selama lama saya akan bekerja, Wallahualam. Berada di rumah dan melakukan terapi terhadap hafiey merupakan satu kepuasan bg saya tambahan lagi apabila melihat hafiey mula maju dlm perkembangan die. Itulah satu kepuasan yg tidak dpt saya gambarkan.

Hafiey juga memberi kerjasama dlm melakukan terapi, ingin melakukan aktiviti terapi wpun dlm ms yg sama air mata kuar mencurah2. Saya amat kagum dgn hafiey, die cube juga untuk melakukan sesuatu aktiviti itu bile disuruh. Sbg cth mengangkat tgn kanan nya yg lemah. Die cube untuk mengangkat tgn itu sedaya upaya dan akhirnya berjaya wpun Diiringi dgn tangisan air mata bak hujan yg lebat turun pd musim tengkujuh.

Itulah Hafiey, anak yg mengajar kami erti kesabaran dalam menempuhi ujian ini. Semangatnya yg kuat untuk pulih dan keinginan nya untuk berjalan mendorong kami untuk terus berusaha untuk Hafiey dan membantu merelisasikan keinginannya untuk brjln semula. InsyaAllah.





We loves u 3H!

2 comments:

ieza ashaari said...

semoga Allah permudahkan semuanya.. amin..

azieazah said...

Suatu hari nanti, ketabahan dan kegigihan itu akan berbalas dengan sesuatu yang manis. InsyaAllah. Jangan jemu berusaha dan bersabar ya.