Leaderboard Nuffnang

Wednesday, December 19, 2012

Hafiey n kakak Hifzza...

Muka dan ekspresi Hafiey n Kakak Hifzza...















Monday, December 17, 2012

Tidak bekesempatan untuk menulis kat sini. Sibuk menguruskan hal2 sebelum mula bekerja. Sibuk dgn terapi hafiey dan bermacam2 lagi.

Sibuk juga mencari indon maid dan local maid. Sepatutnye maid kemboja yg pulang untuk bercuti pd bln 11 lps sepatutnya dtg malaysia pd 14/12. Tp xdtg. Xpelah,lgpn tidak berharapkn sgt utk die dtg.

Jd pencarian indon maid telah bermula. Kalau diikutkn, takut2 hendak mengambil indon maid nih memandangkn kami juga telah mmpunyai pengalaman sendiri. Tapi semuanya dgn niat untuk menjaga hifzza n hafsya sepanjang kami bekerja.

Hafiey akan dijaga oleh local maid yg akan dtg setiap hari dirumah sambil melakukan fisioterapi terhadap hafiey. Itulah perancangan kami iaitu mempunyai 2 maid. Di samping itu local maid itu juga akan ditugaskan untuk memantau kerja2 indon maid tersebut.

Smlm dah pun bayar deposit untuk amik indon maid dan biodata pun dh pilih. Sumenyer saya berserah pd Allah. Semoga maid yg kami dpt nih insyaAllah baik2 jer.

Local maid pn sudah ada yg menelefon untuk bekerja. Harap2 xde yg berubah fikiran bile disaat2 akhir tidak mahu bekerja.

Bermula 1/1/2013 saya akan mula bekerja setelah 6 bulan cuti tanpa gaji. Selama lama saya akan bekerja, Wallahualam. Berada di rumah dan melakukan terapi terhadap hafiey merupakan satu kepuasan bg saya tambahan lagi apabila melihat hafiey mula maju dlm perkembangan die. Itulah satu kepuasan yg tidak dpt saya gambarkan.

Hafiey juga memberi kerjasama dlm melakukan terapi, ingin melakukan aktiviti terapi wpun dlm ms yg sama air mata kuar mencurah2. Saya amat kagum dgn hafiey, die cube juga untuk melakukan sesuatu aktiviti itu bile disuruh. Sbg cth mengangkat tgn kanan nya yg lemah. Die cube untuk mengangkat tgn itu sedaya upaya dan akhirnya berjaya wpun Diiringi dgn tangisan air mata bak hujan yg lebat turun pd musim tengkujuh.

Itulah Hafiey, anak yg mengajar kami erti kesabaran dalam menempuhi ujian ini. Semangatnya yg kuat untuk pulih dan keinginan nya untuk berjalan mendorong kami untuk terus berusaha untuk Hafiey dan membantu merelisasikan keinginannya untuk brjln semula. InsyaAllah.





We loves u 3H!

Wednesday, December 12, 2012

Mspa Contest...

This is sticky post, for new entry please scroll down

Hafiey dh jadi one of the contestant for Relax, Refresh and Rejuvenate in order for her to win this Camara B130.



This spa pool sebenarnyer sgt berguna untuk Hafiey melakukan hydrotheraphy at home. Selama nih Hafiey mandi dlm pool yg kecik nih n gune pulak air sejuk. For Hafiey it is best to use air suam so that anggota badan die tak kejang.


sorry Hafiey seksi skit..

This is how Hafiey is doing the hydrotheraphy at home. Kalau ada rezki untuk menang nih, insyaAllah the hydrotheraphy session would be done much better and Hafiey can further improve on her development.

Dapatlah kirenye kawan2 like pic Hafiey untuk Hafiey memenangi spa pool ini.

Cara2 untuk like pic Hafiey.

1) “LIKE” Mspa malaysia page
http://www.facebook.com/MSpaInMalaysia?fref=ts

2) 2) “LIKE” pic Hafiey https://www.facebook.com/photo.php?fbid=505539116143574&set=a.505206552843497.116688.494198413944311&type=3&theater

kalau tak keberatan boleh share juga di FB....

Tenkiu!...

Monday, December 10, 2012

Kadang2 terfikir ttg Hafiey. Ingin melakukn semua rawatan untuk Hafiey selagi boleh.

Lg 2 minggu cuti pn dh nk habis. Masa untuk bekerja. Byk yg perlu dilaku kn lg sblm mula bekerja.

1. Tempat fisioterapi Hafiey -Alhamdulillah yg nih boleh dikatakan sudah hampir ada...klinik rantau ada menyediakan rawatan fisioterapi. Cume masalahnyr mungkin terpaksa mencr driver utk mengambil hafiey pulang dr fisioterapi

2. Penjaga Hafiey - masih lg dlm keadaan teka teki. Dtg kembali x maid yg blk bercuti bln 11 br nih? Cube call pn xdpt..dpt call pn xblh nk ckp sbb ayahnyer kemboja xpaham bahasa kite. Iklan2 untuk ambil local maid pn dh buat n tampal kt area kerteh tuh..tp msh tiada yg menelefon...

3. Home program untuk Hafiey semasa ketiadaan saya semasa bekerja. Harus mula untuk merangka home program untuk hafiey agar fisio dpt dijlnkn seperti sekarang.

Itu yg terfikirkn buat ms skrg. Itu yg dpt diluahkn sekaramg. Semoga semuanya di permudahkan.

Saya mempunyai target untuk hafiey iaitu ingin melihat Hafiey brjln pd umurnya 2 thn iaitu pd bln march 2013. Adakah saya trlalu meletakkan harapan yg tgg untuk Hafiey? Saya akan cuba untuk itu dan semoga hafiey juga memberikan kerjasama yg baik dlm melakukn semua program yg telah dirangka kn...


Friday, December 7, 2012

Hati terusik....

Malam kelmarin cube tgk kembali video Hafiey yg diambil ptg tuh menggunakan hs Tok Pa. Bile bukak jr video gallery tuh rupa2 nya byk vidoe Hafiey ms kecil. Masa belajar berjalan sumenyer ada direkodkan.

Sebak seketika melihat video2 tuh. Tapi hati kene kuat. Lupakan sume yg dh berlalu dan tempuhi hari2 yg mendatang dgn lebih bersemangat utk Hafiey.

Buat masa skang, Hafiey dh buleh duduk jika kite letakkn die di posisi duduk dan boleh berdiri tanpa support jika letakkan dlm keadaan berdiri tp xlama dlm 5 minit.
Amat bangga dgn Hafiey sbb die mempunyai keinginan yg kuat utk berjalan.

Asal letak jr dlm posisi berdiri, kaki mst nk melangkah utk berjalan. Sabar dulu yer hafiey, kuatkan kaki dl nnt br blh jalan. Stabilkan diri utk berdiri br blh ajar berjalan.

Dr segi pembelajaran pn dh start ajar Hafiey ttg ABC, 123 dan juga warna. Alhamdulillah hafiey dpt menyebut few words dan cube juga untuk menyebut few words yg 3 suku kata.

Ape pun Perjalanan kita masih jauh, Hafiey. Semoga ibu akan terus bersemangat utk hafiey dan akan terus berusaha mencari rawatan yg terbaik utk Hafiey. Maafkan ibu jika kadang2 rawatan yg dilakukan menyakitkan Hafiey. Itu sume adalah untuk kebaikan Hafiey. Maafkan ibu jika kadang2 physiotheraphy yg dilakukan terhadap Hafiey adalah kasar dan menyakitkan Hafiey. Itu juga adalah untuk kebaikan Hafiey. Semoga hafiey juga mempunyai semangat yg kuat untuk pulih dan sentiasa berusaha melakukan ape yg di ajar. I know that u are a strong baby girl!


Wednesday, December 5, 2012

JJCM : Ajihs Nasi Lemak..

Terima kasih pd kawan2 yg sudi share gambar Hafiey...insyaAllah kalau ada rezki mungkin spa tuh boleh menjadi milik Hafiey...

Just nak share ape yg saya dan family makan di kota bharu bebaru nih. Memandangkan cuti saya nih dah berbaki beberapa hari lagi, rs ralat pulak kalau tak cube makanan2 yg popular kt Kota Bharu.

Walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, rsnyer boleh dibilang dgn jari kot berapa kali jer kami makan di luar. Well mom's cook is the best. Kalau ada org tanya pun, rsnyer kami adik beradik xboleh nak jawab kat mana makanan popular di Kota Bharu nih.

Salah satu makanan glemer kat Kota Bharu nih ialah Ajihs Nasi Lemak.




Ada beberapa jenis sambal nasi lemak kat sini antaranya sambal sotong, udang dan kerang.









Tapi sotong yg digunakan untuk sambal sotong ialah sotong hidup. Kebiasaannya kalau nasi lemak biasanya sotong yg digunakan ialah sotong kering.

Ini pula ape yg kami makan pd malam tuh.




Nasi emak sambal sotong.




Nasi lemak ayam goreng.




Nasi lemak sambal sotong dan udang.

Bagi pendapat saya rasa nasi nya sedap sbb mmg berlemak. Sesuailah dikatakan nasi lemak. Sbb kebiasaannya penjual mengatakan menjual nasi lemak tp nasinya tak berlemak pun.

Bagi sambal pulak, biasa shj bagi saya. Tp kalau malam2 tiba nak makan nasi lemak rsnye bolehlah terjah kat Ajihs Nasi Lemak nih yg terletak di Jalan Guchil Bayam.

Ajihs Nasi Lemak dh boleh tick. rsnyer lepas nih nak try makanan ape plak.

P/s: please keep on "like" and share Hafiey's picture at Mspa Contest..