Leaderboard Nuffnang

Thursday, November 8, 2012

Sambungan kisah Hafiey....

Hafiey tersedar dr koma setelah 8 ari berada di ICU. Pandai Hafiey pilih masa untuk sedar disbbkn kebetulan Pakar Bius berada di dlm ICU. Mereka bersorak keriangan melihat Hafiey telah membuka mata tetapi kemudian Hafiey menutup matanya kembali.

Ibu dan ayah pn xsempat nak tgk dan Dr pn tidak bercadang untuk memanggil ibu disbbkan Hafiey hanya membuka mata sekejap shj.

Setelah masuk hari ke 9, Hafiey telah benar2 sedar. Tapi sedar Hafiey hanya sekadar membuka mata tanpa memberikan respon, hanya sekadar membuka mata tanpa sebarang tangisan dan senyuman.

Mgkn Hafiey masih lg berada di awang2an disbbkan ubat yg diberikan. Dan Hafiey dipindahkan ke ward 5CD.





Di ward Hafiey msh tidak menangis dan tanpa sebarang respon. Sampaikan ibu xtau bile Hafiey lapar n bile Hafiey tido. Nurse yg dtg menjenguk di katil pn melihat Hafiey dgn pandangan bahawa Hafiey hanya akan terlantar shj. Sedihnya bukan kepalang ibu pd ms itu.

Tp ibu harus kuat demi Hafiey. Setiap masa ibu akan bercakap dgn Hafiey bermain dgn Hafiey wpn Hafiey tidak memberikan sebarang respon. Cukup waktu susu akan diberikan, sampai pd satu masa tiub susu hafiey terrcabut. Terrkejut ibu melihatnya.

Mgkn Hafiey tak selesa adanya tiub itu. Nurse cuba memasukkan kembali tetapi tidak berjaya disbbkn hafiey dilihat seperti dalam kesakitan.

Alhamdulillah ibu ditemukan dgn Ma, nurse yg berada di ward 5CD yg tau selok belok psl saraf dan stimulasi yg diperlukan. Setelah beberapa kali melakukan stimulasi di bawah dagu Hafiey, Hafiey telah berjaya minum susu menggunakan botol! Wpn susu yg diminum hanya 1oz dan mengambil ms yg agak lama, tetapi ibu tidak berputus asa untuk Hafiey. Genap 3 ari Hafiey dpt mengahabiskan susunya sbyk 3 oz...satu perkembangan yg positif untuk hafiey pd ms itu. Setidaknya itu memberikan gambaran bahawa Hafiey boleh sembuh jika usaha dilakukan berterusan.

Pd 26/5 hafiey dibenarkan keluar dr hospital.





Hafiey dgn pandangan yg kosong.





Bekas pembedahan Hafiey.





Tidur dgn sendirinya.

Tangan kanan hafiey mengenggam disbbkan otaknya yg tercedera pd bhgn kiri. Untuk mengelakkan dr jari2nya menggenggam disbbkn itu ibu memberi hafiey sesuatu untuk dipegang.

Begitulah keadaan hafiey di awal sedar nya dia koma. Tapi usaha kami tidak berhenti di situ. Perjalanan penyembuhan hafiey masih diteruskan setelah pulang dr hospital menuju ke Pakar Perdana Specialist hospital.

Bersambung....


2 comments:

♥nrina♥ said...

salam ziarah..lama tak singgah sini. Simpati sy lihat anak awak..moga tabah ye.. Allah menguji org yg mampu menghadapinya.. moga anak awak cepat sembuh..

shafa said...

Nrina : terima kasih yer...