Leaderboard Nuffnang

Wednesday, December 19, 2012

Hafiey n kakak Hifzza...

Muka dan ekspresi Hafiey n Kakak Hifzza...















Monday, December 17, 2012

Tidak bekesempatan untuk menulis kat sini. Sibuk menguruskan hal2 sebelum mula bekerja. Sibuk dgn terapi hafiey dan bermacam2 lagi.

Sibuk juga mencari indon maid dan local maid. Sepatutnye maid kemboja yg pulang untuk bercuti pd bln 11 lps sepatutnya dtg malaysia pd 14/12. Tp xdtg. Xpelah,lgpn tidak berharapkn sgt utk die dtg.

Jd pencarian indon maid telah bermula. Kalau diikutkn, takut2 hendak mengambil indon maid nih memandangkn kami juga telah mmpunyai pengalaman sendiri. Tapi semuanya dgn niat untuk menjaga hifzza n hafsya sepanjang kami bekerja.

Hafiey akan dijaga oleh local maid yg akan dtg setiap hari dirumah sambil melakukan fisioterapi terhadap hafiey. Itulah perancangan kami iaitu mempunyai 2 maid. Di samping itu local maid itu juga akan ditugaskan untuk memantau kerja2 indon maid tersebut.

Smlm dah pun bayar deposit untuk amik indon maid dan biodata pun dh pilih. Sumenyer saya berserah pd Allah. Semoga maid yg kami dpt nih insyaAllah baik2 jer.

Local maid pn sudah ada yg menelefon untuk bekerja. Harap2 xde yg berubah fikiran bile disaat2 akhir tidak mahu bekerja.

Bermula 1/1/2013 saya akan mula bekerja setelah 6 bulan cuti tanpa gaji. Selama lama saya akan bekerja, Wallahualam. Berada di rumah dan melakukan terapi terhadap hafiey merupakan satu kepuasan bg saya tambahan lagi apabila melihat hafiey mula maju dlm perkembangan die. Itulah satu kepuasan yg tidak dpt saya gambarkan.

Hafiey juga memberi kerjasama dlm melakukan terapi, ingin melakukan aktiviti terapi wpun dlm ms yg sama air mata kuar mencurah2. Saya amat kagum dgn hafiey, die cube juga untuk melakukan sesuatu aktiviti itu bile disuruh. Sbg cth mengangkat tgn kanan nya yg lemah. Die cube untuk mengangkat tgn itu sedaya upaya dan akhirnya berjaya wpun Diiringi dgn tangisan air mata bak hujan yg lebat turun pd musim tengkujuh.

Itulah Hafiey, anak yg mengajar kami erti kesabaran dalam menempuhi ujian ini. Semangatnya yg kuat untuk pulih dan keinginan nya untuk berjalan mendorong kami untuk terus berusaha untuk Hafiey dan membantu merelisasikan keinginannya untuk brjln semula. InsyaAllah.





We loves u 3H!

Wednesday, December 12, 2012

Mspa Contest...

This is sticky post, for new entry please scroll down

Hafiey dh jadi one of the contestant for Relax, Refresh and Rejuvenate in order for her to win this Camara B130.



This spa pool sebenarnyer sgt berguna untuk Hafiey melakukan hydrotheraphy at home. Selama nih Hafiey mandi dlm pool yg kecik nih n gune pulak air sejuk. For Hafiey it is best to use air suam so that anggota badan die tak kejang.


sorry Hafiey seksi skit..

This is how Hafiey is doing the hydrotheraphy at home. Kalau ada rezki untuk menang nih, insyaAllah the hydrotheraphy session would be done much better and Hafiey can further improve on her development.

Dapatlah kirenye kawan2 like pic Hafiey untuk Hafiey memenangi spa pool ini.

Cara2 untuk like pic Hafiey.

1) “LIKE” Mspa malaysia page
http://www.facebook.com/MSpaInMalaysia?fref=ts

2) 2) “LIKE” pic Hafiey https://www.facebook.com/photo.php?fbid=505539116143574&set=a.505206552843497.116688.494198413944311&type=3&theater

kalau tak keberatan boleh share juga di FB....

Tenkiu!...

Monday, December 10, 2012

Kadang2 terfikir ttg Hafiey. Ingin melakukn semua rawatan untuk Hafiey selagi boleh.

Lg 2 minggu cuti pn dh nk habis. Masa untuk bekerja. Byk yg perlu dilaku kn lg sblm mula bekerja.

1. Tempat fisioterapi Hafiey -Alhamdulillah yg nih boleh dikatakan sudah hampir ada...klinik rantau ada menyediakan rawatan fisioterapi. Cume masalahnyr mungkin terpaksa mencr driver utk mengambil hafiey pulang dr fisioterapi

2. Penjaga Hafiey - masih lg dlm keadaan teka teki. Dtg kembali x maid yg blk bercuti bln 11 br nih? Cube call pn xdpt..dpt call pn xblh nk ckp sbb ayahnyer kemboja xpaham bahasa kite. Iklan2 untuk ambil local maid pn dh buat n tampal kt area kerteh tuh..tp msh tiada yg menelefon...

3. Home program untuk Hafiey semasa ketiadaan saya semasa bekerja. Harus mula untuk merangka home program untuk hafiey agar fisio dpt dijlnkn seperti sekarang.

Itu yg terfikirkn buat ms skrg. Itu yg dpt diluahkn sekaramg. Semoga semuanya di permudahkan.

Saya mempunyai target untuk hafiey iaitu ingin melihat Hafiey brjln pd umurnya 2 thn iaitu pd bln march 2013. Adakah saya trlalu meletakkan harapan yg tgg untuk Hafiey? Saya akan cuba untuk itu dan semoga hafiey juga memberikan kerjasama yg baik dlm melakukn semua program yg telah dirangka kn...


Friday, December 7, 2012

Hati terusik....

Malam kelmarin cube tgk kembali video Hafiey yg diambil ptg tuh menggunakan hs Tok Pa. Bile bukak jr video gallery tuh rupa2 nya byk vidoe Hafiey ms kecil. Masa belajar berjalan sumenyer ada direkodkan.

Sebak seketika melihat video2 tuh. Tapi hati kene kuat. Lupakan sume yg dh berlalu dan tempuhi hari2 yg mendatang dgn lebih bersemangat utk Hafiey.

Buat masa skang, Hafiey dh buleh duduk jika kite letakkn die di posisi duduk dan boleh berdiri tanpa support jika letakkan dlm keadaan berdiri tp xlama dlm 5 minit.
Amat bangga dgn Hafiey sbb die mempunyai keinginan yg kuat utk berjalan.

Asal letak jr dlm posisi berdiri, kaki mst nk melangkah utk berjalan. Sabar dulu yer hafiey, kuatkan kaki dl nnt br blh jalan. Stabilkan diri utk berdiri br blh ajar berjalan.

Dr segi pembelajaran pn dh start ajar Hafiey ttg ABC, 123 dan juga warna. Alhamdulillah hafiey dpt menyebut few words dan cube juga untuk menyebut few words yg 3 suku kata.

Ape pun Perjalanan kita masih jauh, Hafiey. Semoga ibu akan terus bersemangat utk hafiey dan akan terus berusaha mencari rawatan yg terbaik utk Hafiey. Maafkan ibu jika kadang2 rawatan yg dilakukan menyakitkan Hafiey. Itu sume adalah untuk kebaikan Hafiey. Maafkan ibu jika kadang2 physiotheraphy yg dilakukan terhadap Hafiey adalah kasar dan menyakitkan Hafiey. Itu juga adalah untuk kebaikan Hafiey. Semoga hafiey juga mempunyai semangat yg kuat untuk pulih dan sentiasa berusaha melakukan ape yg di ajar. I know that u are a strong baby girl!


Wednesday, December 5, 2012

JJCM : Ajihs Nasi Lemak..

Terima kasih pd kawan2 yg sudi share gambar Hafiey...insyaAllah kalau ada rezki mungkin spa tuh boleh menjadi milik Hafiey...

Just nak share ape yg saya dan family makan di kota bharu bebaru nih. Memandangkan cuti saya nih dah berbaki beberapa hari lagi, rs ralat pulak kalau tak cube makanan2 yg popular kt Kota Bharu.

Walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, rsnyer boleh dibilang dgn jari kot berapa kali jer kami makan di luar. Well mom's cook is the best. Kalau ada org tanya pun, rsnyer kami adik beradik xboleh nak jawab kat mana makanan popular di Kota Bharu nih.

Salah satu makanan glemer kat Kota Bharu nih ialah Ajihs Nasi Lemak.




Ada beberapa jenis sambal nasi lemak kat sini antaranya sambal sotong, udang dan kerang.









Tapi sotong yg digunakan untuk sambal sotong ialah sotong hidup. Kebiasaannya kalau nasi lemak biasanya sotong yg digunakan ialah sotong kering.

Ini pula ape yg kami makan pd malam tuh.




Nasi emak sambal sotong.




Nasi lemak ayam goreng.




Nasi lemak sambal sotong dan udang.

Bagi pendapat saya rasa nasi nya sedap sbb mmg berlemak. Sesuailah dikatakan nasi lemak. Sbb kebiasaannya penjual mengatakan menjual nasi lemak tp nasinya tak berlemak pun.

Bagi sambal pulak, biasa shj bagi saya. Tp kalau malam2 tiba nak makan nasi lemak rsnye bolehlah terjah kat Ajihs Nasi Lemak nih yg terletak di Jalan Guchil Bayam.

Ajihs Nasi Lemak dh boleh tick. rsnyer lepas nih nak try makanan ape plak.

P/s: please keep on "like" and share Hafiey's picture at Mspa Contest..


Friday, November 30, 2012

Guangzhou Trip...

Seronok sekali sekala berjalan melihat budaya dan negara org. Di sini saya share kan gambar2 sekitar trip kami di Gaungzhou yg lepas.

Detail akan saya ceritakan di net entry.





Suasana di Guangzhou yg sgt tenang dgn pokok2 besar yg meredupkan lg kawasan ini. Melawat Guangzhou umpama melawat zaman2 dahulu di mana rata2 penduduk menggunakan basikal sbg pengangkutan utama. Budak2 sekolah berjlan pulang sendirian tanpa rs takut. Bile dipikirkan, suasana begini kita xkan dapt di Malaysia di mana penjahat mungkin berada di mana2 shj.









Kebanyakan rumah di Guangzhou merupakan rumah pangsa disbbkan rumah di sini agak mahal.









Di sbbkan kawasan rumah yg sempit menyebabkan mereka terpaksa menyidai pakaian di tiang2 kabel dn sebgnyer. Saya pernah membaca artikel yg penduduk Guangzhou tidak mampu untuk membeli dryer disbbkan harga yg mahal menybbkan mereka terpaksa menyidai pakaian mereka di kabel2.




Keadaan yg sesak di stesen keretapi bawah tanah.













Peniaga buah di tepi jalan masih menggunakan dacing sbg alat penimbang. Berhati2 jika membeli buah di sini kerana kite mungkin akan ditipu nya.





Dacing yg digunakan hanyalah berskala 500gm shj..kalau lebih mcm tuh dh jd 1.2kg..xtaulah betul ker tak tp kire halal lah...

Nanti saya share lagi mengenai Guangzhou...teringin nk pegi lagi Guangzhou jika ada rezki....nak bw budak2 semua berjalan melihat budaya dan negara org.

Thursday, November 29, 2012

An Nuriyah Online Boutique

An Nuriyah Online Boutique, Feel the beauty within you.

Do like our FB page of An Nuriyah Online Boutique. Butik online nih hasil usaha sama saya dan 2 orang kakak saya.

InsyaAllah kami menjanjikan shawl2 yg bermutu tinggi dgn kain silk and chiffon beserta dgn corak2 yg menarik.

Di dalam ms terdekat kami akan mengupload blouse dan skirt untuk tatapan anda semua.





Jika ada kekurangan do let us know and we will try to improve.

Do like us at our fanpage!

P/s: jika xjumpe boleh search kat FB : An Nuriyah Online Boutique.

Wajah-wajah Wan Hafiey....

Ingin dikongsikan di sini ekspresi muka Wan Hafiey dr dulu hingga sekarang....

12/5/2012



A week after the incident...





Xperasan pulak baju yg sama di pakai...





Masih lg di hospital....Belum cukur lg keseluruhan rambut..











Br sahaja pulang dr USM...belajar untuk duduk with support....





Sudah dpt duduk tanpa bantuan...
















Ekspresi muka klau nk amik gambar jr...hafiey juga mengalami sedikit face palsy di mana otot muka di bhgn kanan juga lemah....




Muka macam puss in the boots minta dikasihani pulak bile bole tgk pic nih...




Muka yg baru bgn tidur...marah yr?




Cubaan bertudung...spi meleleh air liur....









Kene buli dgn Tok Ma...pki topi waktu panas dlm rumah....




Jalan-jalan di Tesco with Tok Ma...




Belajar untuk bangun dan duduk dr posisi ini...




Ini muka ekspresi geram...xtau geram psl ape...tapi Hafiey mempunyai tabiat suka menjerit....tanya Dr mungkin itu salah satu cara untuk die melepaskan frustation die bile die ingin melakukan sesuatu tetapi tidak dpt melakukannya....

Xpe nanti kite buat byk lg exercise supaya sume otot kaki dan tangan kanan hafiey kuat dan Hafiey boleh melakukannya tanpa masalah lg ok...!

Tuesday, November 27, 2012

Punca kejadian...

Ramai yang bertanyakan punca kejadian. Saya xdapat menerangkan tentang kejadian sebenar disbbkan kejadian itu berlaku semasa saya dan suami keluar bekerja.

ape yg dikatakan oleh maid..:

Maid bersama Hafiey di dalam bilik air memandikan Hafiey. Maid ingin menutup shower dan Hafiey bangun dan melangkah lantai yg licin disbbkan lantai masih lagi terdapat kesan sabun. Hafiey tergelincir, terjatuh dan kepala mengenai toilet bowl.

Kesan daripada jatuh itu menyebabkan skull Hafiey pecah dan berlaku internal bleeding di dalam kepala.

Itu yang diceritakan oleh maid saya. Saya tak pasti sama ada kisah itu benar atau tidak. Tapi dr pemerhatian beberapa org Dr mereka mengatakan kesan hentakan yg dihadapi oleh Hafiey adalah kuat. tidak seperti terhantuk di toilet bowl.

Wallahualam....saya tidak tahu. Dan kalau boleh saya tidak mahu tahu kerana saya pasti jika saya tahu akan hal sebenar akan menyebabkan saya terbayang bagaimana Hafiey terjatuh dan saya tidak dapat mebayangkan keadaan Hafiey yg mungkin menderita kesakitan ketika terjatuh itu.

Cukuplah saya anggap ape yg diceritakan oleh maid itu betul. Jika die menipu biarlah hanya Allah yg membalas perbuatan nya itu..



Monday, November 26, 2012

Tidak sihat....

Hari nih saya xberapa sihat..td lps blk fisio Hafiey kt Dr Sham pn dh pengsan kt Giant sorg2...nsb baik maid ibu ada dlm kereta dgn Hafiey...if i'm all alone xtaulh...

Terima kasih pd yg membantu memapah saya dan memberikan air...jasa anda semua hanya Allah yg dpt membalas...

Hopefully i'll be getting better by tomorrow...sbb fisio Hafiey di KL telah bermula...i need to be strong in order to sent her for physiotheraphy....Yerlah sblm fisio di Kota Bharu jr...kl kt KL tau jrlh kl xbiasa dgn jam n jalan, perjalanan blh memkn ms berjam2...

Semoga semuanya akan dipermudahkan oleh Allah...

Saturday, November 24, 2012

Tuhan sedang menguji kita...

"Tuhan Sedang Menguji Kita" merupakan sebuah buku motivasi islamik karya Ustaz Kazim Elias.

Terpandang buku ini pn semasa melangkah masuk kedai syarikat buku Muda Osman, sekali terpandang tajuk nya sahaja membuatkan saya ingin terus membelinya...

Buku ini benar2 mengajar saya erti sabar dan redha dlm menghadapi setiap ujian dr Allah..

"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya apakah diri sudah terlupa. Ya... Terlupa siapakah kita di sisi-Nya. Terlupa dr mana datangnya dan ke mana hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa"

Itulah kata-kata di dlm buku tersebut yg begitu terkesan dlm hati saya.

Semoga saya akan terus bersyukur, sabar dan redha dlm menghadapi setiap ujian dr Allah...

Friday, November 23, 2012

Kisah Wan Hafiey....

Di Pakar Perdana Specialist Hospital, Hafiey memulakan kembali ubat sawan nya dan bermulanya fisioterapi..

di sini juga CT SCan yg ketiga di lakukan terhadap Wan Hafiey untuk melihat tahap kecederaan otak yg di alami oleh Hafiey...


Dr Yop mencadangkan untuk melakukan MRI bg melihat dgn lebih detail keadaan di dalam otak Hafiey.. pd ms inilah Hafiey di pindahkn kembali ke HUSM disbbkan Pakar Perdana tidak mempunyai kelengkapan spO2 monitoring...

Hafiey dipindahkan ke wad HUSM di bawah jagaan Dr Abd Rahman Izaini.


Ubat sawan Hafiey masih diteruskan di sini dan pertambahan ubat yg diberikan ialah piracetam.


Hafiey mungkin memikirkan ape yg telah terjadi sbnrnyer...


Rawatan-rawatan yg diberikan di HUSM :

1. Fisioterapi





 
spi senget2 sbb ms nih Hafiey xde control lgsg on neck, trunk n semuanye..she is like a new born baby ms nih...
 

2. Occupational theraphy


tengah belajar meniarap


3. Pemeriksaan mata




ms nih discover ada tompokan darah dlm mata kiri Hafiey sebesar duit 20 sen...nothing being done sbb Dr gitau darah itu akan hilang...

4. Stem cell treatment


sedang ditolak untuk ke bilik OT for stem cell treatment..

Selama 2 minggu kami berkampung di USM...jika dikira jumlah hari berada di hospital (kUala Terengganu dan USM) adalah genap sebulan..tp Alhamdulillah a lot of improvement can be seen on Hafiey...semoga Hafiey akan terus maju untuk sembuh...!

saya akan cube detailkan ape kah rawatan conventional dan alternatif yg telah kami lakukan terhadap Hafiey...semoga ianya menjadi panduan buat ibu bapa lain di luar sana yg mengalami masalah yg sama seperti Hafiey...

Buat ibu bapa, ape yg penting jgn sekali2 berputus asa...sentiasa memohon pd Yang Maha Esa kerana Dia lah yg berkuasa ke atas segala makhluk di muka bumi ini dan Dia lah yg berkuasa menyembuhkan segala2 nya....tidak kiralah masalah yg dihadapi atau dugaan yg dihadapi itu besar atau kecil..belajar lah untuk menerima dan redha di atas ketentuan-Nya...sesungguhnya ada hikmah yg tersembunyi di atas semua kejadian...teruskan berusaha dan berdoalah insyaAllah pasti ada ganjaran nya...